Wednesday, December 26, 2012

Bagaimana aku boleh suka bidang fotografi??

Macam mana aku boleh start dalam bidang fotografi ni tah??

Soalan yang sering aku tanya dekat diri sendiri tapi aku sendiri pun tak tau. Aku minat ambil gambar ni sejak kecik lagi dan fitrah manusia memang sukakan benda yang cantik. Jadi perkara biasalah aku suka ambil gambar yang cantik hehehe. 

Tapi aku rasa minat tu mula berkembang waktu aku form 2. Time tu lawatan bersama koperasi sekolah, and cikgu-cikgu aku pun ikut jgk. Then ada sorang cikgu aku ni ada DSLR and dia mintak tlg aku ambil gambar dia dengan family dia.. At that time, waktu aku pegang DSLR tu la yg buat aku rasa semakin minat dalam bidang ni.

Form 3 pulak lepas habis PMR, aku buat projek dgn kawan and cikgu aku untuk buat video sempena persaraan pengetua sekolah. Itulah video pertama yang pernah pelajar kt sekolah tu buat and geng akulah yg first start. Then masa hari last pengetua tu bersara, ada la majlis utk dia. Semasa majlis tu lah aku first dpt pegang and guna DSLR ckgu aku tu sampai habis majlis. Walaupun aku guna auto ja time tu tp gambar aku ok la tak lari dari Rule Of Third (RO3) walaupun aku sendiri taktau apakebenda RO3 tu hahaha.. Dari situlah aku gtau kt cikgu aku untuk tubuhkan kelab fotografi. Btw abg ipar and ayah gf aku time tu pn photographer jgk and aku kagum dgn seni mereka :)

Form 4 aku byk guna DSLR cikgu aku and byk majlis sekolah yang aku cover. Then waktu hujung tahun time aku tgh bercuti dgn family, ayah aku janji dgn aku la kalau dapat 9A dia belikan DSLR untuk aku. Aku ni bukanlah kaya sangat senang2 nk beli DSLR yg mahal2 tu. Lepas ayah aku janji tu, dia pun terus la kumpul duit untuk aku. And move on to form 5, aku start belajar guna manual, tu pun time cuti waktu form 4 aku byk study pasal benda tu. Time form 5 aku siap ada buat video untuk masuk pertandingan video yg dianjurkan pd peringkat kebangsaan tu. Mcm tak percaya aku boleh guna DSLR utk buat video haha.. Maklumlah budak baru belajar mmg excited gilalah time tu. Walaupun tak menang tp byk benda yg aku belajar psl DSLR..

Sebelum result SPM keluar, janji nak beli DSLR lepas dapat result tu last tukar and beli sebelum aku dapat result lagi.. Tapi ada tambah duit aku la untuk beli DSLR tu. Then aku siap buat wedding dgn engagement job lagi sebelum dpt result tu. Banyak jgk la income sbb banyak job. Lepas dapat result, aku just dpt 7A 2B ja, tp bersyukur dgn apa yang aku dapat. Dan skrg aku kena bayar balik la harga DSLR tu dkt ayah aku hehehe. Yang penting aku dapat jgk belajar and bayak benda yang aku belajar. Banyak lagi yang perlu dipelajari and byk jgk gambar yang bg aku cantik la bg seorang newbie mcm aku. 

Sekarang ni tgh kumpul duit untuk upgrade ke model yang lebih byk function. DSLR aku ni entry-level ja. Murah dan basic ja, tp banyak berjasa dkt aku DSLR ni.

Kt bawah ni gambar candid yang aku shoot time wedding kwn kakak aku hehehe. 

Assalamualaikum :)




Thursday, April 12, 2012

Result SPM

Assalamualaikum w.b.t.

Selepas lama menanti untuk tau result akhirnya dapat jugak result spm. Sebenanrnya result SPM dah lama dah dapat tapi aku ja yang baru nak update pasal result SPM.

Alhamdulilah result aku takda la elok sangat dan sebenarnya aku agak kecewa dengan result aku tapi aku bersyukur dengan apa yang akau dapat. Mesti ada hikmah sebab apa aku dapat result yang macam ni. Result aku mcm kt bawah ni:

Bahasa Melayu --> A+
Bahasa Inggeris --> A
Pend Islam --> A
Sejarah --> A+
Matematik --> A+
Kimia --> A-
Biologi --> A-
Fizik --> B
Add Math --> B

Kira semua aku dapat 7A 2B la atau lagi detail 3A+, 2A, 2A-, 2B

Petunjuk yang aku dapat dari result ni ialah suruh aku sambung belajar dalam medic. Nak tau sebab apa?? Sebab aku dapat B dalam fizik dgn add math. Tu yang aku cakap setiap yang jadi ada hikmahnya.

Dulu duk pening sangat nk sambung medic ka engineering ka, dah dapat result dapat la petunjuk tu. So next stop asasi sains UiTM. Harap2 la dapat masuk situ :)

That's all daa..

Assalamualaikum :)

Sunday, March 4, 2012

Mulut Orang

Assalamualaikum w.b.t

Stail kan tajuk entry kali ni?? Sebenarnya aku geram gila ni so buat la entry baru kononnya nak lepas geram kt sini la. Semalam aku ada upload 1 gambar aku dukung baby dengan sorang girl iaitu junior aku.. Bawah ni gambar yg aku upload kt facebook...






Gambar ni aku upload sebab cantik and lawa. Takda kena mengena pun dengan girl tu walaupun kami ada kisah yg tersendiri dulu. Dekat facebook pun aku dah tulis caption dia " practice jadi parents, btw ini bukan gf saya :) "

Sudah terang lagi bersulu aku tulis tu kan?? tapi ada ja mulut-mulut orang yang buat cerita. Geram betul la. Last-last gambar tu kena padam sebab girl tu marah and dia suruh aku padam. Memang salah aku la sebab aku lambat mintak izin dia untuk upload gambar ni dalam facebook. Dia cakap ramai yg dok mesej dia gtau pasal gambar ni.

Aku memang langsung tak sangka yang dia nak send msj kat aku and marah aku sebab dia tak penah buat macam tu. Mulut sapa la yang laser sangat sampai dia marah tu. Dia jarang marah selalu senyum ja. Kalau marah selalu dia simpan dalam hati ja.

Aku ingat nak masukkan msj yg dia hantar dalam ni tp taknak la.. Serius aku cakap aku sakit hati, kecewa, geram, rasa nak hantuk kepala sendiri kt dinding and segala bagai lagi. Kadang-kadang aku ni bodoh jgk kn?? Tapi dalam facebook komen-komen tu semua takda pun yg pelik-pelik. Semua komen perli-perli macam tu ja. Diorang semua tau yg kami ni kawan tp...........................

Tak tido malam aku pikir pasal benda ni. Aku tak suka la gaduh2 dengan kawan2 ni.. Aku tau dia tak baca blog aku tu yg aku tulis ni kalau tak konpem dia suruh aku delete.. Blog ni bff aku ja yg baca, siap tolong update sekali kn nek kn??

Ok la cukup la takat tu..
kbai

Assalamualaium w.b.t

Family Day SMKDJH

Assalamualaikum

the next project : Family Day SMKDJH
venue : Tasik Melati,Perlis

tiup belon sampai pecah


ada gaya macam bakal ayah tak?
left side


tenungan tajam

pengantin baru lagi ni






















photographer assistant











she scared



motion blur

I know I'm cute








semua di atas : mengupas bawang dengan jarum peniti




peace






peace

and again



selamat jalan romeo

kau kunci cintaku di dalam hatimu

para ibu

"kalah menang adat pertandingan"

I'm the cutest

para peserta yang menjayakan hari indah ini

bakal-bakal bapa mithali ?

Smile is the best thing that you can do with your lips

saya malu la

Snap !

all by me which is bakal bapa mithali
Thank You Very Much