Monday, April 8, 2013

Photoshoot - Nabilah Osman

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 29 Mac 2013, saya telah mengadakan sebuah sesi photoshoot di Tasoh Lake Resort. Skema gila ayat, ayat pun entah apa-apa ja hahaha. Photoshoot tu pun tak macam photoshoot sangat sebab kawan-kawan yang ikut tu nk ber-'picnic' ja lebih. Sempat la rasa carbonara hasil air tangan someone tu, So tak payah cakap banyak, tengok je la beberapa keping gambar kt bawah ni  ^_^















For more, please visit my page at www.facebook./photography.aq




Monday, March 4, 2013

Business Card & Custom Album

Assalamualaikum w.b.t.

Ok tajuk pun tentang bizkad dengan custom album kan?? So memang nak cerita pasal dua benda ni la. Setelah setahun mengidam nak buat bizkad akhirnya dapat jugak. Tu pn buat online, order dekat kawan jgk. Jom tengok design bizkad aku 







Macam mana lawa tak?? 




Ok then, baru-baru ni aku belajar buat custom album untuk wedding dan apa-apa event je la. Taknak banyak cakap, kita tengok gambar je ok??




ni salah satu page kt dalam custom album, tp edit main2 je sbb tu tak lawa.



Inilah contoh cover untuk custom album, lawa tak? Customer aku tahun lepas.
Gambar dalam custom album ni yang original, semua yang aku shoot hehe.. Hak cipta terpelihara ok?? So kawan-kawan yang nak kahwin tu nanti bolehlah contact hehe..

Ok bye hehehe

Wednesday, December 26, 2012

Bagaimana aku boleh suka bidang fotografi??

Macam mana aku boleh start dalam bidang fotografi ni tah??

Soalan yang sering aku tanya dekat diri sendiri tapi aku sendiri pun tak tau. Aku minat ambil gambar ni sejak kecik lagi dan fitrah manusia memang sukakan benda yang cantik. Jadi perkara biasalah aku suka ambil gambar yang cantik hehehe. 

Tapi aku rasa minat tu mula berkembang waktu aku form 2. Time tu lawatan bersama koperasi sekolah, and cikgu-cikgu aku pun ikut jgk. Then ada sorang cikgu aku ni ada DSLR and dia mintak tlg aku ambil gambar dia dengan family dia.. At that time, waktu aku pegang DSLR tu la yg buat aku rasa semakin minat dalam bidang ni.

Form 3 pulak lepas habis PMR, aku buat projek dgn kawan and cikgu aku untuk buat video sempena persaraan pengetua sekolah. Itulah video pertama yang pernah pelajar kt sekolah tu buat and geng akulah yg first start. Then masa hari last pengetua tu bersara, ada la majlis utk dia. Semasa majlis tu lah aku first dpt pegang and guna DSLR ckgu aku tu sampai habis majlis. Walaupun aku guna auto ja time tu tp gambar aku ok la tak lari dari Rule Of Third (RO3) walaupun aku sendiri taktau apakebenda RO3 tu hahaha.. Dari situlah aku gtau kt cikgu aku untuk tubuhkan kelab fotografi. Btw abg ipar and ayah gf aku time tu pn photographer jgk and aku kagum dgn seni mereka :)

Form 4 aku byk guna DSLR cikgu aku and byk majlis sekolah yang aku cover. Then waktu hujung tahun time aku tgh bercuti dgn family, ayah aku janji dgn aku la kalau dapat 9A dia belikan DSLR untuk aku. Aku ni bukanlah kaya sangat senang2 nk beli DSLR yg mahal2 tu. Lepas ayah aku janji tu, dia pun terus la kumpul duit untuk aku. And move on to form 5, aku start belajar guna manual, tu pun time cuti waktu form 4 aku byk study pasal benda tu. Time form 5 aku siap ada buat video untuk masuk pertandingan video yg dianjurkan pd peringkat kebangsaan tu. Mcm tak percaya aku boleh guna DSLR utk buat video haha.. Maklumlah budak baru belajar mmg excited gilalah time tu. Walaupun tak menang tp byk benda yg aku belajar psl DSLR..

Sebelum result SPM keluar, janji nak beli DSLR lepas dapat result tu last tukar and beli sebelum aku dapat result lagi.. Tapi ada tambah duit aku la untuk beli DSLR tu. Then aku siap buat wedding dgn engagement job lagi sebelum dpt result tu. Banyak jgk la income sbb banyak job. Lepas dapat result, aku just dpt 7A 2B ja, tp bersyukur dgn apa yang aku dapat. Dan skrg aku kena bayar balik la harga DSLR tu dkt ayah aku hehehe. Yang penting aku dapat jgk belajar and bayak benda yang aku belajar. Banyak lagi yang perlu dipelajari and byk jgk gambar yang bg aku cantik la bg seorang newbie mcm aku. 

Sekarang ni tgh kumpul duit untuk upgrade ke model yang lebih byk function. DSLR aku ni entry-level ja. Murah dan basic ja, tp banyak berjasa dkt aku DSLR ni.

Kt bawah ni gambar candid yang aku shoot time wedding kwn kakak aku hehehe. 

Assalamualaikum :)